Sunday 9 September 2012


SELAMAT DATANG SAUDARIKU,

Selamat datang ,saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk
Selamat datang ,saudariku yang berhijab, pemalu ,anggun dan berkeperibadian kukuh
Selamat datang saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati
Selamat datang saudariku yang penyabar ,selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNYa
Selamat datang saudariku yang selalu berzikr, bersyukur dan berdoa lagi penuh kesedaran
Selamat datang saudari ku, yang mendidik calon calon pahlawan dan mencetak calon calon  yang terkemuka
Selamat datang saudariku yang menjaga nilai nilai dan memelihari suri teladan
Selamat datang saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati ,serta menjauhkan diri dari perkara perkara yang haram.
-JANGAN BERSEDIH ,JADILAH WANITA PALING BAHAGIA-
insyaAllah, Amin.



Ainul Mardhiah,
‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….




Saturday 8 September 2012


Nikah Khitbah.

Sangat dah lama cari search google belajar pasal nikah khitbah ni. Seronok sangat bila baca pasal nikah khitbah ni. Kadang kadang rasa mcm nak cakap dengan abah ,

“Abah ,Lili nak Khitbah boleh “

Dan sangat yakin jawapan abah adalah satu perkara yang sangat menakutkan hihihi, I love you abah. Tapi sebenarnya ada kebaikan dia, dan kebaikan yang paling ketara kita boleh nampak adalah dapat mengelakkan berlakunya zina dan pembuangan bayi. Cehhh haha macam journalist.

Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Kelebihan nikah khitbah ni sangat banyak banyak dan banyak. Indahnya Islam. Dan yang paling penting mereka sah dan halal mengikut hokum agama dan undang undang negera. Dan mereka dah halal untuk berdatng, study sama sama, jalan jalan tepi tasik, bagi ikan makan, pimpin tangan. Ya semuanya halal.



Walaupun nikah khitbah ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna  berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Bismillahhirahmanirahim.


ASSALAMUALAIKUM.


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


Ya Allah, ya tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon petunjuk (hidayah), nilai taqwa, hati yang mudah merasai kasihan belas dan bebas daripada belenggu keperluan kepada manusia.

 Ya Allah, ya tuhan kami, sinarilah hati kami dengan sinaran (cahaya) petunjuk hidayahMu, sebagaimana engkau sinari bumi ini dengan sinaran (cahaya) matahariMu. Selama- lamanya. Dengan rahmat kasih sayangMu, wahai tuhan yang Maha Luas limpahan rahmatNya.



Bismillahirahminirahim.

Okay lama sangat dah tak update blog ni, lamaaaaaaa sangat dah. And officially saya DAH DELETE SEMUA POST YANG LAMA LAMA LAMA DULU, atas sebab sebab tertentu. Okay mohon semua faham yea kenapa. .hihi, Haritu saya ada macam perasaan tiba tiba ‘eh rasa macam nak khawin lah’ hahaha taktahu lahh kenapa kan. And tiba tiba juga teringat pasal NIKAH KHITBAH. MasyaAllah , Allah dah sediakan semua yang terbaik untuk hamba Nya, Indah indah semuanya. Semua yang ada, untuk kesenangan kita. Untuk kebaikan kita. Dan jangan risau, hehe lepas Dian khawin tahun depan, siap jee majlis dian, saya dengan sepantas kilatnya akan jumpa abah dan cakap

“OKAY ABAH, TURN LILI PULAK YEA NAK KHAWIN”. hihi