Saturday 8 September 2012


Nikah Khitbah.

Sangat dah lama cari search google belajar pasal nikah khitbah ni. Seronok sangat bila baca pasal nikah khitbah ni. Kadang kadang rasa mcm nak cakap dengan abah ,

“Abah ,Lili nak Khitbah boleh “

Dan sangat yakin jawapan abah adalah satu perkara yang sangat menakutkan hihihi, I love you abah. Tapi sebenarnya ada kebaikan dia, dan kebaikan yang paling ketara kita boleh nampak adalah dapat mengelakkan berlakunya zina dan pembuangan bayi. Cehhh haha macam journalist.

Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Kelebihan nikah khitbah ni sangat banyak banyak dan banyak. Indahnya Islam. Dan yang paling penting mereka sah dan halal mengikut hokum agama dan undang undang negera. Dan mereka dah halal untuk berdatng, study sama sama, jalan jalan tepi tasik, bagi ikan makan, pimpin tangan. Ya semuanya halal.



Walaupun nikah khitbah ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna  berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

No comments:

Post a Comment